Thursday, 27 September 2012
Hasan Ali: Kenyataan Anwar di London hina Islam
KUALA LUMPUR, 26 Sept ― Presiden JATI, Datuk Dr Hasan Ali mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghina Islam dengan kenyataannya mengatakan “umat Islam mempunyai masalah dalam jiwa mereka” dua hari lalu di London.
Hasan dalam sidang medianya hari ini mengecam Anwar dan melabel pemimpin Pakatan Rakyat (PR) itu sendiri yang bermasalah dengan kecelaruan emosi di pihak beliau.
“Saya rasa ini satu kenyataan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin Islam.
“Sebenarnya dialah (Anwar) yang sedang mengalami masalah jiwa,” kata Hasan (gambar).
“Rakyat Malaysia faham tentang tekanan emosi yang sedia beliau hadapi berikutan dengan beberapa kes melibatkan moral beliau,” katanya.
Dalam laporan Utusan hari ini, Anwar dikatakan mengakui terdapat masalah dalam jiwa umat Islam seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar Britain, The Scotsman.
Penulis artikel Eddie Barnes berkata, “Dalam reaksi umat Islam terhadap filem yang menghina Islam, beliau (Anwar) bersetuju bahawa ada masalah dengan jiwa orang Islam, mereka mudah marah dan beremosi’’.
Hasan juga menyamakan kenyataan Anwar tersebut sama seperti yang telah dilakukan oleh ahli parlimen DAP, Ngeh Koo Ham yang menulis di dalam laman mikro Twitter yang mengatakan umat Islam membuang masa menyertai demonstrasi bagi menyuarakan bantahan terhadap filem “Innocence of Muslims” pada minggu lalu.
Berita lanjut...
Jarumemas: Adalah dayus dan munafik merka yang tidak mahu mempertahankan agamanya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment