Wednesday, 1 August 2012
Membela nasib Melayu kejayaan terbesar Felda
Membela nasib masyarakat Melayu khasnya tanpa meminggirkan hak kaum lain merupakan antara kejayaan terbesar yang dilakar Felda, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Justeru, beliau berkata perjuangan dalam memastikan survival bangsa Melayu terutamanya daripada aspek ekonomi tidak wajar dipertikai mana-mana pihak.
"Dalam landskap sosio-politik negara kini, pihak yang enggan mengakui hakikat kejayaan Felda telah menjadikannya sebagai polemik politik," katanya pada majlis berbuka puasa Parlimen Jelebu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lui di Masjid Felda Lui Muda, di Jelebu.
Sehubungan itu, beliau berkata peneroka termasuk penerokawati serta golongan belia di kawasan Felda perlu memainkan peranan menangkis dakyah pihak tertentu sekaligus dapat menjayakan agenda transforamsi yang dilaksanakan.
Katanya Jawatankuasa Kemajuan, Keselamatan dan Rancangan (JKKR) Felda juga perlu melakukan pemantauan masalah sosial di kawasan Felda dan menganalisa kejayaan serta pembangunan yang diperoleh masyarakat Felda bagi menangkis semua tuduhan yang dilemparkan terhadap agensi itu.
Pada majlis itu, Rais yang juga Anggota Parlimen Jelebu turut menyampaikan durian runtuh kepada peneroka Felda yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, bagi fasa kedua berjumlah RM1.65 juta kepada 213 isteri peneroka.
Selain itu, beliau turut menyampaikan sumbangan RM110,000 sebagai peruntukan pembinaan dewan orang ramai di Felda Lui Timur dan bantuan membaiki masjid serta surau di kawasan DUN Sungai Lui yang berjumlah RM1,000 sebuah.
Sumber: Agenda daily.com
Jarumemas: Terkenang pada masa mula-mula Felda dibuka oleh peneroka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment