Wednesday, 8 August 2012

Anwar di Google Hangout, cuba dapatkan sokongan orang muda

KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi ahli politik Malaysia yang pertama menjadi tuan rumah kepada Google Hangout, meluaskan pengaruh beliau dengan menggunakan media sosial, kepada golongan belia “celik teknologi” yang membentuk satu perempat daripada pengundi di Malaysia. Program “Borak Bersama Anwar” chat secara langsung di YouTube ditetapkan 10.30 malam waktu tempatan pada 17 Ogos, dua hari sebelum Malaysia meraikan Hari Raya Aidilfitri yang datang selepas berpuasa sebulan. Halaman Facebook dan Google + sudah mula membuat publisiti mengenai acara ini dilihat sebagai selangkah kehadapan meninggalkan Barisan Nasional (BN) dalam aktiviti di ruang siber. “Ahli-ahli politik telah menerokai ruang siber secara besar-besaran sebelum pilihan raya akan datang dan Anwar berada di barisan hadapan. Program Google Hangout beliau adalah yang pertama di negara ini,” kata seorang sumber kepada The Malaysian Insider. Read more... Jarumemas: Nak lawan Ajib Gor!!

No comments:

Post a Comment