Thursday, 5 July 2012
TUMPUAN DI ISTANA NEGARA
Berita hangat 24 jam di kalangan elit politik membayangkan Istana Negara akan menjadi tumpuan hari esok. Mymassa dihubungi bertalu-talu untuk mengesahkan perkara tersebut. Apa pun, pembubaran Parlimen hanya Perdana Menteri tahu bila akan diumumkan. Rakan-rakan di Pulau Pinang hingga ke Sabah tidak henti-henti menghantar pesanan ringkas. Bagi Mymassa, kita menghormati hak dan kuasa pregroratif Perdana Menteri.
Dalam pada itu, DS Najib Tun Razak, anak kepada Perdana Menteri Malaysia yang kedua kelihatan semakin yakin dan semakin cergas. Tatkala pesaingnya, DS Anwar Ibrahim dilaporkan membayangkan untuk bersara dan menjadi pensyarah di luar negara.
Sementara itu, akhbar-akhbar luar negara dan dalam negara melaporkan Anwar Ibrahim membayangkan untuk bersara daripada Politik Malaysia selepas mendapat gambaran akan kekalahan pasukan beliau dalam PRU13.
Sumber: MY Massa blogspot
Jarumemas: Tak sabar nak pergi mengundi. Kali ini pergi sendirian, biasanya bawa emak dan ayah pergi sama mengundi.Mereka dah tak layak mengudi....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment