Friday, 27 July 2012

Selangor potong 25% cukai taksiran pangsapuri

KUALA LUMPUR- Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju akan satu mekanisme bagi pemilik di pangsapuri kos rendah mendapat potongan 25 peratus untuk cukai taksiran. Pengerusi jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad berkata menjadi hasrat kerajaan negeri untuk memudahkan pemilik mendapat potongan itu. Katanya, kelayakan untuk mendapatkan pengurangan cukai taksiran adalah pemilik yang mendiami sendiri kediaman mereka atau yang didiami oleh waris pemilik dan pemilik yang tidak mempunyai tunggakan. Menurutnya, pemilik hanya perlu mengisi borang khas dan membawanya semasa membayar cukai untuk mendapatkan pengurangan tersebut. Berita selanjutnya... Jarumemas: Dasar baru ini ada udang di sebalik batu?

No comments:

Post a Comment