Monday, 23 July 2012
Orang muda tahu siapa tabur, siapa laksana janji...
Usaha pembangkang mempengaruhi golongan belia agar menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan berjaya kerana mereka semakin bijak menilai siapa yang mampu memenuhi aspirasi golongan itu.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata golongan belia kini menyedari parti pembangkang hanya pandai berjanji bagi mempengaruhi pemikiran mereka tetapi tidak mampu untuk menterjemahkannya.
"Ini bukan soal kita bercakap atas sentimen kepartian tetapi aspirasi orang muda yang merasakan bahawa BN adalah pilihan terbaik untuk masa depan mereka dan saya tidak fikir mereka (pembangkang) dapat memberi apa-apa kepada mereka.
"Lebih-lebih lagi atas keprihatinan khusus diberi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang peka masalah dan bentuk pembangunan aspirasi rakyat termasuk untuk golongan muda," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan sumbangan kepada 33 buah masjid di Parlimen Kepala Batas, Ahad malam.
Setiap masjid menerima sumbangan wang tunai, beras dan kurma untuk keperluan sepanjang bulan puasa ini.
Sumber: Agendadaily.com
Jarumemas: Orang memberi kita merasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment