Tuesday, 26 June 2012

Politik ‘hit and run’ pembangkang — Zulkifli Jalil

26 JUN — Khabarnya di Lembah Pantai, Kuala Lumpur sekarang, pakatan pembangkang semakin tak senang duduk. Panas punggung. Dikatakan mereka cuba mencari banyak isu untuk memastikan rakyat termasuk pengundi Lembah Pantai tidak sempat melihat kebaikan program atau produk-produk yang diutarakan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam setahun dua ini untuk rakyat. Tambah terkejut lagi dia dan orang-orangnya ialah apabila pertemuan dialog yang diatur oleh kepemimpinan BN Wilayah Persekutuan disambut baik oleh penduduk Bangsar dan sekitar Lembah Pantai. Pada 19 Jun lalu sekitar pukul 8 malam, kira-kira 50 warga Bangsar yang terdiri daripada golongan profesional termasuk doktor, arkitek dan jurutera hadir dalam pertemuan santai dengan Timbalan Pengerusi BN Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di Devi’s Corner, Jalan Telawi. Dikatakan di pihak sebelah sana pada siangnya mula cuak. Cuba “dipancingnya” menerusi panggilan telefon kepada pihak restoran supaya jangan “entertain” perjumpaan itu — batalkan sahaja tempahan ruang pertemuan. Tapi, semua tak menjadi. Akhirnya pertemuan berlangsung. Setengah jam perjumpaan ia dipenuhi tuntutan penjelasan beberapa isu-isu “panas” yang dimomokkan pembangkang. Isu NFC dan melibatkan fitnah dan dakwaan terhadap Perdana Menteri dan keluarganya dijawab dengan cermat oleh Nong Chik. Penjelasan demi penjelasan diberikan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu. Sumber dipetik dari Utusan Malaysia oleh Malaysian Insider. Jarumemas: 'Hit and Run' samalah dengan baling batu sembunyi tangan kan????

No comments:

Post a Comment