Monday, 11 June 2012

PANAS ! KES UMNO SAMAN DIBATALKAN TAPI LIM GUAN ENG DAP SEMAKIN TAK NYENYAK TIDUR!

1. Kes saman fitnah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang terhadap Lim Guan Eng DAP telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi hari ini. 2. Sebaik sahaja laporan berita ini dikeluarkan, media alternatif pro-pembangkang terus mencanang-canangkan laporan tersebut mengikut intrepritasi sendiri tanpa memahami prosiding kepada pembatalan oleh Mahkamah Tinggi itu. 3. Di sini MiM jelaskan supaya tidak ada yang keliru dan membuat andaian sendiri yang menampakkan kurang cerdik masing-masing. Tambahan pula, media pro-pembangkang memang terkenal dengan pembohongan dan putar belit mereka. 4. Satu perkara yang sangat penting ialah pembatalan kes saman itu tidak ada kena mengena dengan ketidakbenaran bukti-bukti yang berada di tangan Dato' Zainal Abidin, Pengerusi UMNO negeri Pulau Pinang. 5. Bukti-bukti belum lagi dibawa dan dibentangkan di dalam mahkamah. 6. Perkara (4) dan (5) sangat penting untuk supaya rakyat tidak keliru dengan kemungkinan media parti pembangkang akan memutarbelitkan keputusan mahkamah tersebut dengan mendakwa 'Lim Guan Eng didapati tidak bersalah'. 7. Apa yang berlaku di kamar Hakim Mahkamah Tinggi hari ini ialah pembatalan kes (case dismissal) adalah disebabkan technical ground iaitu tidak mempunyai locus standi. 8. Definasi locus standi ialah : In law, locus standi means the right to bring an action, to be heard in court, or to address the Court on a matter before it. Locus standi is the ability of a party to demonstrate to the court sufficient connection to and harm from the law or action challenged to support that party’s participation in the case. 9. Maksudnya ialah Pengerusi UMNO negeri Pulau Pinang yang juga Majlis Tertinggi UMNO perlukan penyertaan penjawat jawatan dalam UMNO yang didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan (ROS) seperti Setiausaha Agung UMNO Malaysia. 10. Kata mudah. Lim Guan Eng DAP dan media pro-pembangkang masih tidak boleh bertepuk tangan keriangan dengan beranggapan kes saman ini telah selesai. 11. Nama Lim Guan Eng DAP masih belum bersih lagi daripada bukti-bukti yang tidak sempat dibawa ke dalam mahkamah. 12. Malah, Lim Guan Eng DAP sepatutnya bertambah resah, gelisah dan murung kerana office bearers UMNO itu sendiri boleh membuka fail kes saman yang baru serta meneruskan prosiding mahkamah. 13. Dan MiM menyarankan agar kepimpinan tertinggi UMNO tidak membiarkan sahaja kes ini tanpa dibuka fail saman yang baru kerana MiM khuatir implikasi yang sangat buruk terhadap parti UMNO itu sendiri. 14. MiM khuatir modus operandi yang mengaitkan segala isu dengan UMNO walau parti itu tidak terlibat, akan semakin menjadi-jadi sehingga tahap melampau. Dan MiM tidak terkejut jika ianya benar-benar berlaku! 15. Maka kerana itu, MiM amat berharap agar kepimpinan tertinggi UMNO akan memfailkan semula kes saman tersebut. 16. Dan yang paling penting juga ialah pembatalan kes saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu jelas menunjukkan pembohongan kepimpinan parti pembangkang yang mendakwa sistem perundangan dan kehakiman negara tidak telus dan dikawal oleh BN. 17. Pembatalan atas technical ground ini mengingatkan kita kepada kes liwat Anwar Ibrahim pada tahun 2004. 18. Dalam rumusan keputusan Mahkamah Persekutuan 2 September 2004 menyebut “…we find evidence to confirm that the appellants [Dato' Seri Anwar bin Ibrahim and Sukma Darmawan Sasmitaat Madja] were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen.” 19. Maksudnya, “kami menemui bukti untuk mengesahkan perayu-perayu (Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja) telah terlibat dalam aktiviti-aktiviti homoseksual dan kami lebih cenderung untuk mempercayai bahawa dakwaan kejadian di Tivoli Villa itu adalah benar-benar berlaku. 20. Namun Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar dan Sukma dengan keputusan majoriti 2-1 kerana terdapat keraguan dari segi tarikh sebenar kejadian tersebut dan wujudnya eleman ‘suka sama suka’ di mana saksi utama, Azizan Abu Bakar didapati melakukan aktiviti homoseksual secara sukarela dengan Anwar dan Sukma pada tarikh dan tempat yang didakwa di mahkamah. Sumber: DR MiM Jarumemas: Tak mahir bab undang-undang mahkamah ni.

No comments:

Post a Comment