Thursday, 14 June 2012

Pakatan Rakyat: Pakat tetapi tidak terikat — A. Kadir Jasin

14 JUN — Gabungan pilihan raya (election pact) DAP, PKR dan PAS telah membuktikan kemujarabannya pada pilihan raya umum 2008 dan dalam beberapa pilihan raya kecil selepas itu. Bagaimanapun, sejak itu nampak yang tiga parti berkenaan seolah-olah hangat-hangat tahi ayam atau semakin tidak yakin yang pakatan mereka perlu atau boleh disahkan sebagai pakatan rasmi. Petunjuk terbaru yang tiga parti itu terus tidak yakin atau kurang berani untuk diijabkabulkan secara sah ialah pengumuman yang mereka akan bertanding PRU akan datang dengan menggunakan lambang parti masing-masing. Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang aka Tian Chua dipetik oleh Sin Chew Daily sebagai berkata parti-parti PR akan menggunakan simbol masing-masing hatta jika Pendaftar Pertubuhan memberi pengiktirafan rasmi esok. Kenyataan Tian Chua itu senada dengan yang dibuat oleh Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, akhir tahun kalu. Katanya, pembangkang tidak pernah berhasrat menukar lambang pada pilihan raya nanti, sebaliknya PAS, PKR dan DAP akan menggunakan lambang masing-masing pada kertas undi. Tidak kira apa pun kedudukan sebenar, alasan kesuntukan masa untuk mendaftarkan PR sebagai sebuah parti politik campuran tidak boleh diterima lagi kerana keputusan merasmikan (formalise) PR dibuat hampir empat tahun lalu, iaitu beberapa hari selepas ia menang besar dalam PRU 2008. Bukan itu saja, pada tahun 2009, PR telah melantik bekas menteri BN, peguam Mohd Zaid Ibrahim, yang ketika itu ahli majlis tertinggi PKR, sebagai penyelaras dan pengerusi jawatan kuasa sementara (protem committee) “parti” Pakatan Rakyat Malaysia (PRM) dengan tugas mendaftarkannya secara rasmi. Nampaknya, bukan saja parti-parti PR kurang yakin dengan kelangsungan jangka panjang pakatan mereka, tetapi aspek sentimental masih kuat mempengaruhi tindak-tanduk mereka, khasnya PAS dan DAP yang berupa parti tua politik Malaysia. Baca terus.... Jarumemas: Tak sempat nak baca habis artikel ini.

No comments:

Post a Comment