Wednesday, 20 June 2012

BONGKAR! KONSPIRASI ANWAR BURUKKAN @NajibRazak GAGAL!

Suaram, juga dikenali sebagai pembangkang telah menjalankan kerja yang baik dengan menipu rakyat bagi memenuhi objektif mereka untuk merosakkan imej Perdana Menteri dan menggulingkan kerajaan. Pada mulanya, mereka berkata bahawa PM telah mengambil rasuah sebanyak EURO 114 juta melalui syarikat Perimekar bagi perkhidmatan yang mereka sediakan untuk krew-krew Scorpene seramai 213 orang untuk tempoh masa enam tahun. Dengan memberi rasuah kepada PM sebanyak EURO 114 juta, Perimekar mampu memberikan perkhidmatan secara percuma? Tak masuk akal langsung. Kemudian, Suaram menyatakan bahawa ianya bukan EURO 114 juta. Mereka mengatakan bahawa PM telah menghantar faks kepada DCNS untuk meminta rasuah sebanyak RM3.8 billion. Membuat kenyataan seperti itu sudah cukup untuk menunjukkan bertapa bodohnya Suaram dalam membuat penipuan.Fakta sebenarnya, jumlah RM3.8 billion tersebut adalah jumlah keseluruhan bagi proses pembelian kapal selam dan juga perkhidmatan bagi krew-krew yang terlibat. Jika bayaran tersebut diberikan kepada PM, seperti yang dinyatakan oleh Suaram, ini bermakna bahawa Malaysia menerima kapal selam tersebut secara percuma? Tak masuk akal. Bagi ‘menghangatkan’ lagi keadaan, Suaram berkata bahawa PM atau ‘kemungkinan’ pembantu PM, Abdul Razak Baginda mempunyai hubungan bersama seorang model Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang dikatakan berkhidmat sebagai penterjemah bagi transaksi tersebut, kemudiannya dibunuh oleh isteri PM. Namun, segala urusan dijalankan dalam bahasa Inggeris dan tiada penterjemah diperlukan.Isteri PM ketika kejadian pembunuhan tersebut sedang berada di Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim dan itu sudah cukup untuk dijadikan sebagai alibi beliau. PM pula tidak pernah berjumpa dengan Altantuya. Gambar yang di-superimposed oleh pihak pembangkang bagi menunjukkan bahawa PM pernah bersama dengan Altantuya hanya menunjukkan bahawa mereka berada dalam keadaan terdesak. Kini, Suaram telah mengemukakan satu lagi kenyataan,”orang kanan Abdul Razak Baginda, Jasbir Singh Chahl, adalah rakyat Malaysia pertama yang diberi sepina oleh Mahkamah Perancis sebagai saksi bagi kes Scorpene. "Namun, apabila Kedutaan Perancis di Kuala Lumpur ditanyakan mengenai perkara ini, mereka terkejut dan menyatakan bahawa mereka tidak pernah diberitahu akan perkara tersebut. Menurut kedutaan tersebut, menurut prosedur, Kementerian Luar Perancis perlu diberitahu dahulu terhadap sebarang sepina yang dikeluarkan by orang luar, bagi keadaan ini, rakyat Malaysia. Kementerian tersebut kemudiannya akan menghubungi Wisma Putra untuk mengambil tindakan selanjutnya. Tiada sepina yang akan dikenakan secara menerus kepada rakyat di negara ini tanpa pengetahuan pihak-pihak tersebut.Dengan ini, terbuktilah bahawa Suaram hanyalah menipu. Di sini kita dapat lihat bertapa terdesaknya pihak pembangkang, lebih-lebih lagi dengan pilihan raya yang semakin hampir.Bagi rakyat pula, marilah kita tunggu dan lihat sejauh mana mereka akan menipu. Kita tidak perlu risau kerana PM telah menjalankan tugas dengan berkesan dalam menjaga negara ini. Suaram (pembangkang) boleh menipu sebanyak mana yang mereka mahu, tetapi rakyat tidak akan memilih golongan yang selalu menipu semata-mata untuk mendapatkan kuasa. - Mynewshub. Sumber: Blog DR MiM Jarumemas: Satu persatu pekung dia didedahkan oleh mereka yang pernah menjadi sahabat baik, teman seperjuangan, tetapi dia masih handak menegakkan benang yang basah.

No comments:

Post a Comment