Tuesday, 8 May 2012

PKR tegaskan Pakatan tidak peroleh keuntungan dari Bersih 3.0

PETALING JAYA, 6 Mei — Angkatan Muda PKR hari ini menolak dakwaan Bersih 3.0 digunakan Pakatan Rakyat (PR) kerana menurut sayap pemuda PKR itu, mereka tidak memperolehi sebarang keuntungan daripada aspek “political mileage” daripada perhimpunan tersebut.

Ketua AMK PKR, Shamsul Iskandar Md Akin, menegaskan, perkara itu adalah agenda Umno untuk mencalarkan imej Bersih.

“Apa 'political mileage' yang kami dapat dari Bersih 3.0? Malah kami terpaksa menerima kecaman negatif dan kerajaan memberikan publisiti buruk Pakatan Rakyat,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Jelas Shamsul, penyertaan PR ke dalam Bersih adalah atas dasar dan matlamat perjuangan yang sama — mahukan pilihan raya di negara ini dijalankan dalam keadaan bersih dan adil.

Sumber: Malaysian Insider

Jarumemas:  Kalau nak yang bersih dan adil mengapa mesti mengotorkan negara dan menghuruharakan negara? Bukankah Rasulullah dalam sunnahnya mengatakan adalah lebih baik duduk berbincang bagi mengatasi apa-apa masalah daripada berbalah sesama sendiri dengan cara memporak-perandakan kesejahteraan hidup?













No comments:

Post a Comment