Monday, 7 May 2012

Mahfuz tuduh polis langgar fatwa, ulama gesa fatwa tidak terlalu jumud

KUALA LUMPUR, 7 Mei — PAS hari ini menuduh pihak polis adalah pihak yang bertanggungjawab melanggar fatwa yang dikeluarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan semalam apabila mereka menggunakan kekerasan terhadap perusuh.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar turut berkata, pihaknya menghormati fatwa yang dikeluarkan, namun pihak Jawatankuasa Fatwa perlu melihat demonstrasi itu dalan konteks yang lebih luas, bukan semata-mata demonstrasi tersebut.

Jelas Ahli Parlimen Pokok Sena ini lagi, fatwa itu menyatakan haram jika berniat jahat sewaktu menyertai demonstrasi tersebut, beliau bagaimanapun menegaskan, pihaknya menyertai demonstrasi tersebut dengan niat yang baik.

Sementara itu, ulama PAS juga menyeru Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan agar tidak mengeluarkan pandangan yang sempit dan melibatkan demonstrasi semata-mata, sebaliknya mengambil kira punca demonstrasi itu sendiri iaitu kepincangan sistem pilihan raya.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib menegaskan, demonstrasi yang menjurus kepada perkara kebaikan dan tugas “amar makruf nahi mungkar” adalah sangat digalakkan dalam Islam.


Jarumemas:  Kecelaruan Pas dalam menentukan mana yang baik dan mana yang mungkar.

No comments:

Post a Comment