KUALA LUMPUR, 17 April — Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini berkata, insiden yang mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mengejek dan mempersendakan raja-raja Melayu ketika pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong tempoh hari adalah petunjuk bahawa mereka akan menjadikan Malaysia sebagai negara republik sekiranya pakatan pembangkang itu memerintah negara.
Malah, kumpulan pendesak Melayu ini juga beranggapan, pemimpin pembangkang itu telah menderhaka kepada Raja-Raja Melayu, dan hilang kesetiaan kepada negara.
“Pada kejadian yang dikatakan wakil rakyat pembangkang menghina raja-raja Melayu di Istana Negara, Perkasa anggap mereka adalah penderhaka dan sudah hilang kesetiaan kepada negara,” tegas timbalan presiden Perkasa, Datuk Abd Rahman Abu Bakar, ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi selepas pertubuhan itu memohon permit untuk mengadakan perhimpunan sempena pertabalan Yang Di-Pertuan Agong baru-baru ini.
Baca terus....
Jarumemas: Dari dulu lagi PR dah nyatakan dengan jelas akan jadikan Malaysia sebuah negara republik jika PR memerintah. Mereka memang hendak menghapuskan Majlis Raja-Raja.dan mengubah Perlembagaan Negara. Persoalannya, siapa yang akan dapat labanya? PAS? PKR? DAP? Maka akan terpinggirlah orang Melayu di tanah air sendiri. Orang Melayu akan merempat, jadi pengemis. Jangan haraplah bangsa asing nak tunjukkkan belas kasihan. Orang Melayu akan diratah, darah mereka akan dihirup. UMNO jangan pandang remeh perkara ini. Jangan asyik nak penuhkan poket, nak kaut kekayaan tak kira halal atau haram. Ayuh! bangun UMNO! bela nasib bangsa mu! jangan sampai anak cucu cicit kita menyumpah kita kerana kelabaan dan ketaksuban kita mengumpul harta sampai lupa amanah kita kepada mereka.
No comments:
Post a Comment