KUALA LUMPUR, 14 Mac — Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) hari ini sekali lagi menuntut kerajaan memansuhkan dengan serta merta pelaksanaan Pelajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik melalui bahasa Inggeris (PPSMI), dan bukannya melakukan pengubahsuaian terhadap sistem berkenaan. Presiden TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataannya berkata sekiranya kerajaan boleh melaksanakan PPSMI dalam keadaan tergesa-gesa, mengapa penarikan balik dan pelaksanaan PPSM-Melayu tidak boleh dilakukan dengan kaedah sama.
ooppss.....Dulu teman sekolah Melayu sampai darjah enam. Bila ke sekolah menengah mak ayah daftar ke sekolah Inggeris. Teman masuk kelas peralihan (Remove Class). Semua mata pelajaran dalam BI kecuali BM. Tapi sekarang teman rasa tak rugi belajar dalam sistem berkenaan kerana teman rasa BI teman sama bagusnya dengan BM. Teman dapati penguasaan BI dalam kalangan generasi Y sekarang memang jauh berbeza dari generasi sebelumnya. Memang kami 'English-oriented'. Walaupun diasah, diasak, dipaksa dan terpaksa menggunakan BI, tapi penguasaan BM tetap digilap sama. Janganlah kerana hendakkan 'nama' pelajar-pelajar kita menjadi mangsa kecelaruan bahasa.
No comments:
Post a Comment