MESKIPUN pandangan alam antara Islam dan Barat begitu berbeza, namun dari sudut pentakrifan perkahwinan, kedua-duanya sama-sama mengiktiraf bahawa perkahwinan hanya berlaku antara seorang lelaki dengan wanita, dan bukan selainnya. Hal ini secara langsung menafikan “perkahwinan” antara sesama jenis atau jantina. Justeru, perjuangan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) untuk mendapatkan pengiktirafan undang-undang terhadap “perkahwinan” mereka kononnya atas dasar kesamaan adalah tidak berasas sama sekali. Ini disebabkan tindakan mereka jelas mencabuli dan mencemarkan maksud perkahwinan yang telah diterima dalam semua budaya serta tamadun dunia sejak sekian lama.
sumber: Utusan Malaysia
ooppss....sedangkan hukum Allah melaknat hubungan sejenis, masih beranikah kita mengiktiraf LGBT ini? Nauzubillah...teman bimbang ALlah akan turunkan bala dan musibah yang tidak tertanggung oleh kita.
No comments:
Post a Comment