Tuesday, 27 March 2012

BANTU TERANGKAN DASAR KERAJAAN KEPADA RAKYAT, NAJIB MENGGESA PEGAWAI KPKK

PUTRAJAYA, 27 Mac — Datuk Seri Najib Tun Razak semalam meminta pegawai di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta agensinya membantu menerangkan dasar-dasar utama kerajaan kepada rakyat termasuk dasar 1Malaysia.
Menurut Perdana Menteri ini penting supaya rakyat tidak terus terkeliru oleh pelbagai dakyah serta fitnah yang dilemparkan oleh pihak pembangkang.
Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Perdana Menteri mengutarakan hal itu dalam pertemuan dengan warga kementerian itu di sini, lapor Bernama Online.
Sehubungan itu, katanya, pihak kementerian akan mencetak 50,000 buku kecil yang mengandungi penjelasan mengenai isu-isu semasa sebagai panduan supaya rakyat tidak terpedaya dengan putar belit pembangkang.

 Berita selanjutnya...

ooppss!!!...diharapkan KPKK akan menyegerakan mencetak 50 ribu kecil tersebut. dan mengedarkannya kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment