Thursday, 9 January 2014

Responden anggap kesesakan lalu lintas kekecewaan nombor satu

Satu penyelidikan pasaran oleh Frost and Sullivan terhadap 1,227 responden di Kuala Lumpur mendedahkan 41% daripada responden menganggap kesesakan lalu lintas sebagai kekecewaan nombor satu, lebih tinggi daripada purata 35% kadar bagi Asia Pasifik dan 29% tahap global.
Rakan kongsi Asia-Pasifik merangkap Ketua Amalan Automotif dan Pengangkutan, Kavan Mukhtyar berkata kesesakan lalu lintas di sini berpunca daripada pergantungan penduduk terhadap kereta, berbanding pada tahap global dan serantau.
"Lebih 79% penduduk Kuala Lumpur bergantung kepada pengangkutan persendirian seperti kereta manakala 8% bergantung kepada pengangkutan awam.

"11% lagi menggunakan gabungan antara pengangkutan awam dan persendirian manakala dua peratus bukan kereta," katanya pada taklimat media mengenai industri kenderaan negara ini tahun ini, di Kuala Lumpur hari ini.


Jarumemas: Rasa lega sejak tinggal di Putrajaya sejak 3 tahun lalu tanpa kesesakan lalu lintas. 

Edmund Bon jangan lebih sudu dari kuah

Peguam, Edmund Bon tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan melulu terhadap isu siasatan Paderi Lawrence Andrew oleh polis di bawah Akta Hasutan 1948 kerana beliau belum pun dituduh, kata Ketua Pemuda Umno Kuala Langat.
Jefrizal Jaafar dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider berkata, Edmund seharusnya bertindak dengan cara membela Andrew sekiranya kes itu dibawa ke mahkamah.

"Sebagai seorang pengamal undang-undang, Edmund Bon perlu tahu bahawa setiap kenyataannya boleh menyebabkan ia disalah tafsir oleh masyarakat awam," katanya di Kuala Lumpur, hari ini.
Jarumemas: Sarang tebuan jangan di jolok, 
                      Kalau dijolok mengamuk ia,
                     Jangan tuan suka menyampuk,
                     Kalau dah bodoh mengaku saja. 

Majlis perpaduan bukan eksklusif untuk agama tertentu

Ahli Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) menolak pandangan sesetengah golongan dengan menegaskan kumpulan tersebut bukannya eksklusif untuk agama tertentu sahaja, selepas beberapa NGO Melayu-Islam mengecam barisan ahli majlis tersebut.
Datuk Saifuddin Abdullah berkata, majlis tersebut bukanlah sebuah badan bersifat agama tetapi lebih menjurus kepada soal berkaitan dengan pengurusan perpaduan nasional.

MKPN bukannya badan yang bersifat agama, walaupun ia mungkin menyentuh isu-isu agama.
Jarumemas: Biar telus jangan jerlus!!!

Kedah ulangi Kalimah Allah khusus bagi umat Islam


Kerajaan negeri Kedah mengulangi pendiriannya bahawa penggunaan kalimah 'Allah' adalah khusus untuk orang Islam sahaja.
    
Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata pendirian itu selaras dengan fatwa Kebangsaan dan keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober lepas yang memutuskan kalimah 'Allah' adalah eksklusif untuk umat Islam.
    
"Kerajaan negeri menganggap penting untuk menyatakan pendirian ini secara jelas bagi menghindari daripada sebarang perkara tidak diingini walau sekecil mana pun.
    
"Hubungan harmonis antara agama di Kedah sejak sekian lama meyakinkan kita bahawa pendirian ini langsung tidak akan menimbulkan masalah kepada mana-mana pihak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Alor Setar hari ini.


Jarumemas:  Memang benar kalimah eksklusif untuk umat Islam sahaja. alkafirun ni memang sengaja jolok sarang tebuan.

Wednesday, 8 January 2014

Setpol baru Najib diharap dapat kawal perbelanjaan boros Rosmah

PETALING JAYA: Pelantikan Datin Paduka Norhayati Onn sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diharap dapat membantu mengawal Pejabat Perdana Menteri berbelanja secara berhemah.
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya berharap dengan kedudukan Norhayati itu dapat membawa perubahan dan menjadi pengaruh besar kepada dasar pentadbiran Najib.
“Syabas dan tahniah kepada Norhayati kerana dilantik sebagai Setiausaha Politik.
“Harapnya tidaklah budaya boros yang ada dalam Wanita Umno dan Rosmah tidak berjangkit kepada beliau,” katanya ketika dihubungi.

Jarumemas: Jangan terikut-ikut sudahlah ya....


Paderi guna kalimah Allah untuk kaburi mata orang Islam

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad mempersoalkan tujuan pihak paderi di Semenanjung yang bertegas mahu menggunakan kalimah Allah bagi merujuk tuhan mereka, walaupun sejak kira-kira 500 tahun dahulu Roman Katolik memasuki Melaka, tidak pernah menggunakannya.
"Bagi saya hanya satu tujuan, iaitu untuk mengaburi mata orang Islam dengan mengatakan kalau kamu datang di gereja kami pun kamu masih beriman dengan Allah," katanya dalam sesi soal jawab di satu wacana intelektual di Kuala Lumpur Selasa.
Wacana bertajuk "Pelaksanaan Hudud di Brunei: Apa Yang Malaysia Boleh Pelajari?".
Menurut beliau, orang Islam di Malaysia perlu mempertahankan hak mereka dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Dalam syarahannya di wacana itu, Abdul Hamid membincangkan isu hudud dan berkata pelaksanaannya tidak harus bermotif politik jika mahukan undang-undang itu berjaya dilaksanakan.
Jarumemas: Islam diperkotak-katikkan oleh mereka yang cuba menangguk di air keruh. Adakah kita perlu berdiam diri sahaja? 

Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?


Tokoh wartawan A Kadir Jasin mempertahankan siri kritikannya terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang disifatkannya boros, cemerkap menguruskan kewangan dan tidak sensitif terhadap perasaan rakyat.

Ini kerana, menurut bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu, masih banyak masalah membimbangkan dalam pentadbiran Najib, selain kesan negatif rasionalisasi terhadap ekonomi.

“Adakah beliau raja berkuasa mutlak yang tidak boleh disentuh barang sedikit pun?

“Atau adakah dia keramat hidup yang bebas daripada segala bentuk kesilapan?” sindir Kadir.

Menulis di blognya semalam, Kadir juga membangkitkan langkah Najib dua tahun berturut-turut bercuti di luar negara dan kemudian “menjanjikan khabar buruk” kepada rakyat dengan memansuh dan mengurangkan subsidi secara serentak.

Dalam tulisan panjang itu, Kadir juga membangkitkan soal kemerosotan nilai ringgit, masalah defisit belanjawan, hutang negara yang makin meruncing serta penjualan aset bagi mengatasi masalah kewangan negara.


Sumber: Malaysiakini.com

Jarumemas: Bila kita berada di puncak ramai yang melihat kita. Kekuatan dan kelemahan kita mudah dilihat. Oleh itu, segala tindak tanduk kita diperhatikan maka sewajarnya kita berhati-hati dengan toindakan dan tutur kata kita.