Thursday, 29 August 2013

Penang cinemas pull plug on ‘Tanda Putera’

GEORGE TOWN, Aug 29 — Penang moviegoers looking to watch “Tanda Putera” will have to go elsewhere after three major cinemas today scrapped the showing of the controversial film in theatres here following a “directive” from the state government.
Golden Screen Cinemas (GSC) said today it had agreed to accede to the Penang government’s “directive” and will refund moviegoers who had purchased the tickets beforehand.
“In compliance with Penang State Government’s directive (as per letter by Majlis Perbandaran Pulau Pinang dated August 28, 2013), GSC will not be screening the movie “Tanda Putera” in cinemas located in the state of Penang,” the country’s leading cinema operator said in a statement. 
The movie, which opens in theatres nationwide today, is no longer listed on GSC’s website, nor the websites of two other cinema operators, Tanjung Golden Village (TGV) Cinemas and Lotus Five Star Cinemas (LFS) for their Penang cineplexes.

Jarumemas: Sekarang ni siapa yang rasis? Janganlah jadi seperti anjing dengan bayang-bayang Guan  Eng. 

Rumah PR1MA tidak boleh dibeli untuk pelaburan

Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang diperkenalkan kerajaan bukan pelaburan bagi mereka yang membelinya, kata Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Hasleen Isnin dalam satu sidang media hari ini di Ara Damansara.
Hasleen berkata, setiap pembeli rumah PR1MA diwajibkan untuk menetap di rumah yang mereka beli di bawah skim PR1MA dan tidak dibenarkan untuk disewakan kepada pihak lain.
"Skim PR1MA ini bukan untuk pelaburan, pembeli yang membelinya perlu menetap di rumah yang mereka beli.
“Sekiranya pembeli ditukarkan atau mempunyai alasan yang kukuh sahaja boleh menyewakannya," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Abdul Mutalib Alias, berkata pembeli juga diwajibkan untuk menandatangani perjanjian yang mengikat mereka daripada menjual rumah yang dibeli untuk tempoh tertentu.

Jarumemas: Memang wajar didiami selepas dibeli. Kalau nak jadikan aset, adalah lebih baik bagi pada mereka yang benar-benar memerlukan rumah.

Lebih ramai murid bukan Islam tinggalkan SK Seri Pristana kerana intimidasi

Sekurang-kurangnya tiga murid bukan Islam meninggalkan SK Seri Pristana dan 10 lagi akan menyertai mereka kerana intimidasi selepas insiden makan di bilik persalinan.
Tiga murid yang meninggalkan sekolah itu mendakwa mereka diintimidasi dan dibuli pihak berkuasa sekolah selepas isu murid bukan Islam diarahkan untuk makan di bilik persalinan timbul.
Dalam sidang akhbar hari ini, ibu bapa kepada 10 lagi murid yang akan berpindah sekolah mendedahkan, keputusan mereka disebabkan salah seorang ibu bapa ditahan kerana mendakwa diintimidasi oleh guru besar sekolah.
Setiausaha Kebangaan Malaysia Tamilan Today Welfare, K Gunasegaran, berkata semua ibu bapa hilang kepercayaan kepada guru besar dan guru.
Jarumemas: Perlukah dibersar2kan isu ini hingga menjadi bertambah keruh? Bukankah GB sekolah telah memohon maaf? nampaknya sudah hilang perasaan muhibah dan rasa hormat antar kaum di Malaysia kerana ada pihak yang suka menangguk di air keruh. Jangan kita lupa  bahawa ada pihak yang suka melihat kita berantakan sesama sendiri dan berpeluang untuk memasukkan jarum mereka. 

Monday, 19 August 2013

Nazri dicabar tanding jawatan MT Umno

Cabaran demi cabaran timbul agar menteri pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bertanding untuk merebut jawatan anggota majlis tertinggi dalam pemilihan Umno pada Oktober.


Laporan lidah parti berkenaan, Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan setiausaha agung Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Hamdan Mohd Salleh yang mencabar menteri tersebut berbuat demikian demi mengekalkan jawatan kabinet.

“Jika Mohamed Nazri mahu kekal di dalam Kabinet dengan sikap bongkak dan angkuh, maka kita cabar beliau untuk bertanding sebagai ahli majlis tertinggi Umno.

“Anak beliau Nedim pasti boleh jadi pengurus kempen yang amat popular,” sindirnya, seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Kenyataan seperti itu timbul ekoran tindakan Nazri yang mempertahankan keputusan melantik Nedim sebagai salah seorang pegawai menteri berkenaan.




Jarumemas: Dari masa Tun Mahathir memerintah dulu, Nazri selalu menongkah arus.

Pejabat PM nafi laporan bincang k'jaan perpaduan

Laporan yang memetik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaha yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu “kenyataan politik yang berniat nakal”, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Menurut kenyataan itu, usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla (kanan) sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi mendapat persetujuan Najib dan Anwar agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihanraya merupakan satu-satunya perjanjian politik yang ada.

"Perbincangan mengenai sebuah kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutama Datuk Seri Anwar serta kepimpinan Pakatan Rakyat sehingga kini masih tidak dapat menerima keputusan pilihan raya Umum ke-13 dan mempertikai keputusan tersebut," kata kenyataan itu lagi.

Katanya, laporan itu disiarkan oleh sebuah portal berita dalam talian, tetapi tidak dinamakan dalam kenyataan tersebut.


Kenyataan yang sama juga menyifatkan berita tersebut yang memetik “sumber yang boleh dipercayai dan rapat dengan kem” perdana menteri merupakan “daya imaginasi” penulis tersebut kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan.

Kenyataan itu jelas merujuk kepada laporan yang diterbitkan oleh laman Asia Sentinel pada hari Isnin, yang memetik Anwar mengesahkan Najib mahu mengadakan perbincangan perpaduan dengannya, dengan Jusuf sebagai perantara.


Bagaimanapun, PMO berkata tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan.


Jarumemas: Mula-mula kerajaan perpaduan kemudian bila dia dah ada kuasa, siapa tuan siapa hamba. 

'Saya tak kata berundur lepas 2 penggal'


Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, beliau tidak akan membandingkan pentadbirannya dengan pendahulunya Koh Tsu Koon daripada Gerakan yang berkhidmat selama 18 tahun.

Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada akan melepaskan jawatan itu selepas dua penggal berkhidmat, Lim menjawab: "Saya tidak kata begitu".

"Biar saya fokus pada kerja sedia ada, masih banyak kerja perlu dibuat," tambahnya, dalam wawancara dengan beberapa harian berbahasa Inggeris di pejabatnya di Komtar pada Jumaat.

"Saya juga tidak tahu sama ada dapat lalui penggal ini. Masih banyak yang perlu ditempuhi. Tetapi saya tidak akan membandingkan dengan tempoh pentadbiran Koh."



Jarumemas: Belum puas lagi untuk menguis keluar orang Melayu dari bumi negeri itu. Mahu jadikan PP itu seperti Singapura selagi mampu memerintah negeri itu. 

Tolak pemimpin naik dengan kekuatan 'poket'


Pemilihan pucuk pimpinan Umno pada Oktober ini wajar menghormati Fasal 3 perlembagaan parti dengan mengutamakan perjuangan dan matlamat parti, kata anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Tan Sri Dr Rais Yatim.

Bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata ini bermakna Umno mesti diiktiraf sebagai penyambung wadah bagi agama, bangsa dan negara dengan mekanisme perpaduan utuh orang Melayu.

"Walau apa pun, Umno akan mempunyai pemimpin tetapi sekiranya kita berpecah dalam menentukan siapa akan memimpin maka kuasa di tangan orang Melayu akan lurut dan akhirnya habis disebabkan desakan politik.

"Petua yang diberi oleh presiden Datuk Seri Najib Tun Razak supaya sepakat. Orang Melayu mesti berpegang kepada petua lama iaitu seperti pantun ini 'Baju Melayu Berbutang Lima, Ada Juga Berbutang Suasa, Orang Melayu Jangan Lupa, Hilang Kuasa Hilang Semua'," katanya yang turut mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan MT dan Ketua Umno Bahagian Jelebu pada pemilihan kali ini.


Jarumemas: Mereka seperti inilah yang akan menghancurkan parti dan orang Melayu khususnya.