Friday, 15 March 2013

‘Tanda Putera’ baik untuk negara, kata Dr M

KUALA LUMPUR, 14 Mac — Mendidik masyarakat mengenai rusuhan kaum 13 May melalui tayangan filem seperti Tanda Putera adalah baik untuk negara, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini. 

"Jika boleh, kita seharusnya mendidik orang ramai tentang apa yang berlaku semasa 13 Mei, ia adalah pengajaran baik jika tidak negara jadi tidak stabil," katanya kepada pemberita selepas bercakap dalam satu forum di Universiti Malaya di sini.

"Jika hanya satu kaum mengawal kepentingan tertentu dan kaum lain tidak, terdapat kemarahan dan ini tidak baik untuk negara," tambah bekas perdana menteri  merujuk kepada hujah kebanyakkan pihak mengatakan orang Melayu marah kerana masyarakat Cina mengawal ekonomi pada ketika itu.

Filem tersebut telah menimbulkan kemarahan ahli politik pembangkang yang mengatakan sesetangah adengan dalamnya tidak tepat dari segi sejarah. 
 

Jarumemas: Hairan kenapa  banyak sangat red tape untuk filem ini ditayangkan... Mestikah kita mengikut segala kehendak mereka yang begitu sensitif dengan penerbitan filem ini? Come on!!

Tok Pa: Manifesto khas, muka baru, meningkatkan peluang BN di Kelantan

KUALA LUMPUR, 15 Mac — Barisan Nasional (BN) yakin untuk menang di Kelantan dalam Pilihan Raya 2013 dengan meletakkan muka baru dan menyediakan manifesto khas negeri tersebut bagi melawan PAS yang telah memerintah negeri tersebut semenjak 1990, kata pengerusi gabungan pemerintah negeri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa memberitahu The Malaysian Insider gabungan tersebut akan meletakkan calon berkelayakan dan cuba menghentikan sabotaj dalaman, isu yang menyebabkan kekalahan dalam pilihan raya terdahulu.

“Politik cah keting ini dimana-mana sahaja, ianya merupakan masalah dimana-mana. Ramai berminat jadi calon,” kata ahli parlimen Jeli yang bertutur secara lemah lembut itu.

“Kita akan cuba atasi, kalau saya kata tidak ada langsung itu tidak benarlah. Kita kena minimumkannya lah dan berdisiplin,” kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri di pejabatnya di sini Isnin lalu.


Jarumemas: Walaupun muka baru tetapi pastikan boleh bekerja untuk rakyat bukan kerana lain-lain hal.

Bukan Melayu juga mempunyai hak istimewa, kata Dr M

KUALA LUMPUR, 14 Mac — Tun Dr Mahathir Mohamad berhujah hari ini rungutan bukan Melayu mengenai diskriminasi berpunca daripada dasar-dasar yang memihak kepada Melayu adalah tidak berasas oleh kerana kumpulan minoriti di negara ini juga menikmati hak istimewa termasuk kebebasan untuk bercakap bahasa ibunda mereka dan mengamalkan agama mereka sendiri. 

"Semua kaum mempunyai hak istimewa mereka masing-masing," kata perdana menteri paling lama berkhidmat dalam satu forum di Universiti Malaya (UM), apabila diminta untuk memberi komen tentang tuntutan pembangkang untuk "Malaysia untuk rakyat Malaysia" dibawa oleh parti sebelum DAP, Parti Tindakan Rakyat (PAP), pada tahun 1964.

Dr Mahathir mengatakan, sementara etnik majoriti negara ini menikmati kedudukan istimewa di bawah Perlembagaan, undang-undang sama menjamin hak jati diri minoriti melalui kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing, bahasa dan pendidikan bahasa ibunda.


Jarumemas: Apa lagi yang tak cukup tinggal dan hidup di Malaysia ini. Selama ini peluang yang diberikan sama, terpulang untuk kita merebutnya.

Wednesday, 13 March 2013

Perkasa Kota Setar kumpul RM63,000 untuk wira Lahad Datu

ALOR SETAR 13 Mac - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kota Setar berjaya mengumpul sumbangan RM63,000 untuk tabung keluarga anggota pasukan keselamatan yang gugur di Lahad Datu, Sabah.
Pengerusi Perkasa Kota Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, ia hasil sumbangan tujuh syarikat korporat di daerah ini.

"Orang ramai juga menyumbangkan kira-kira RM5,800," katanya selepas menyerahkan sumbangan itu kepada Ketua Polis negeri, Datuk Ahmad Ibrahim di Masjid Ar-Rahmah Taman Wira Mergong di sini malam ini.

Jarumemas: Doa dan sumbangan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban keluarga pejuang kita.

Bank Rakyat umum dividen 18 peratus

KUALA LUMPUR 13 Mac - Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 18 peratus kepada 947,541 ahlinya.

Bank koperasi Islam terbesar itu merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.11 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, meningkat 4.7 peratus berbanding tempoh yang sama sebelumnya.

Jarumemas: Alhamdulillah....

'Ops Daulat berlanjutan kerana tiada risikan taktikal'

Ops Daulat terus berlanjutan walaupun ia sepatutnya memakan masa sehari sahaja kerana ketiadaan risikan taktikal lengkap oleh pasukan pertahanan, kata mantan timbalan panglima Tentera Darat Malaysia Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid.

"Saya punya penilaian satu hari sahaja (diperlukan) dan kita selesaikan operasi itu," katanya.

Menurutnya, maklumat risikan taktikal yang lengkap akan membolehkan pasukan keselamatan negara mengekang kemaraan pengikut Jamalul Kiram III daripada menduduki Kampung Tanduo, Lahad Datu sewaktu pencerobohan mula berlaku.


Jarumemas: Inilah manusia yang tak tahu berterima kasih dgn kerajaan yang telah mengayakan dia. Ibarat melepaskan anjing tersepit...

Siasatan RCI Sabah dilanjut enam bulan lagi

Suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai masalah pendatang haram di Sabah akan dilanjutkan selama enam bulan lagi dari 21 Mac depan.

Menurut kenyataan Setiausaha RCI berkenaan, Datuk Saripuddin Kassim, ia bertujuan untuk menyelesaikan siasatan dan penyediaan laporan.

Katanya, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan lanjuta anjutan tempoh siasatan RCI itu dari 21 Mac hingga 20 September 2013.

Saripuddin berkata, ia selaras dengan peruntukan Seksyen 5, Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119).

Pada mulanya, pendengaran RCI itu sepatutnya disambung semula pada 5 Mac tetapi ia telah ditunda kepada Mac 18.

Sumber: Malaysiakini.com

Jarumemas:  Selesaikan secara tuntas.