Friday, 17 August 2012
Penjelasan Nasharudin
Sebaik tiba di tanah air dari Tanah Suci, Mekah semalam, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mengadakan sidang akhbar khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pada sidang akhbar itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok membalas kenyataan beberapa pemimpin Pas yang mempertikaikan kehadiran beliau di Mekah bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mereka juga membidas Nasharudin berikutan kenyataan beliau yang menggesa Pas mengkaji semula kedudukan dalam pakatan pembangkang jika DAP terus menolak pelaksanaan hukum hudud. Berikut kenyataan penuh beliau:
Laporan media cetak dan elektronik pada 14 dan 15 Ogos 2012 dan beberapa ulasan daripada pelbagai pihak sehubungan dengan kenyataan saya di Mekah al-Mukaramah adalah dirujuk.
- Hudud
Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti-Islam.
Sebagai seorang peguam yang lama, dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law. Pelaksanaan hudud memerlukan kepada standard of proof yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf beyond any shadow of doubt iaitu tahap pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ia dilaksanakan, tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ia adalah undang-undang Islam.
Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa pelaksanaan sistem perundangan Islam is over my dead body menunjukkan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja at whatever cost untuk pertahankan agama saya. Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan-syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, insya-Allah saya tidak akan biarkan mana-mana pihak sewenang-wenangnya menghina agama saya.
Pas harus lebih tegas menyatakan pendiriannya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana perjuangannya untuk menegakkan syariah Allah SWT namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini, masih ramai yang tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh.
Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah kekaburan yang ada pada masyarakat umum. Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi daripada ahlinya sahaja.
- Isu pertemuan di Mekah
Kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu dzan (bersangka buruk), nasihat saya adalah ittaqillah, ittaqillah, ittaqillah (bertakwalah) dan beristghfarlah khasnya pada hari-hari terakhir Ramadan ini. Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal. Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadan ini, doa qunut yang dibacakan di hadapan Kaabah ketika solat witir, menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya Allah satukanlah suara umat Islam.
Saya telah mengaturkan pertemuan di Mekah antara beberapa orang ulama di Mekah bersama dengan YAB Perdana Menteri bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Mekah dengan visa khas selepas YAB PM bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidil Haram. Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada PM seperti memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam memelihara kesucian Islam.
Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau UMNO, sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar daripada Pas atau UMNO. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum (Siapapun yang tidak menganggap penting urusan/perkara yang menimpa kaum muslim, maka dia bukan termasuk golongan mereka (muslim).
Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?
Tiba-tiba dikaitkan dengan saya akan masuk UMNO. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk UMNO, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli UMNO, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah.
Sumber: Utusan
Jarumemas: Baca dengan teliti.
Nasha kecewa tak dapat jawatan, kata Khalid Samad
SHAH ALAM, - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, hari ini berkata, kenyataan yang dikeluarkan Nasharuddin Mat Isa berhubung PAS perlu keluar Pakatan Rakyat (PR) jika DAP terus menentang pelaksanaan hukum hudud adalah disebabkan rasa kecewa beliau yang gagal melihat parti Islam itu bergabung dengan Umno.
Menurut Khalid, bekas timbalan presiden PAS itu berkemungkinan mengharapkan impak yang besar daripada cadangan penggabungan PAS-Umno kerana beliau mungkin akan beroleh jawatan yang tinggi sekiranya penggabungan itu berjaya.
“Nasharuddin ini mungkin kecewa kerana PAS tidak mahu bergabung dengan Umno. Kalau penggabungan itu berjaya mungkin dia mengharapkan akan dapat menjawat jawatan tinggi, mungkin jawatan di Kabinet,” kata Khalid.
Tambah Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor itu lagi, kenyataan Nasharuddin itu dilihat berkisar berkenaan hudud, dan beliau turut menggesa Nasha agar melihat kembali kepada kenyataan Umno yang turut menolak hudud sebelum ini.
“Dia kata PAS perlu keluar PR kerana DAP tak terima hudud, adakah Umno menerima hudud?” soal Khalid lagi.
“Nasharuddin sengaja menimbulkan isu ... dan mungkin itulah dia lihat (peluang) terlepas dan pada masa yang sama dia pun kecewa kerana dia kalah dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden.
“Dan ini menyebabkan dia tidak seperti dulu dan dia memang nampak semakin rapat dengan pimpinan umno walaupun di parlimen,” jelas Khalid lagi.
Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Mursyidul Am parti komponen PR itu, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Ketika Muktamar Agung PAS tahun lepas, Nasharuddin juga gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden dan tewas kepada Mohamad Sabu.
Nik Aziz juga sebelum ini berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti.
Jelas Khalid lagi, keputusan sama ada nasib Nasharuddin bakal menjadi seperti Adun Gombak Setia Datuk Dr Hasan Ali juga tidak berasas, kerana dalam PAS, keputusan itu adalah hak individu.
“PAS bukan parti yang akan menentukan nasib sama ada nak pecat, lucut jawatan ahlinya, terpulang kepada mereka sendiri,” tambah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu lagi.
Dr Hasan Ali sebelum ini telah dipecat keanggotaan daripada PAS kerana dikatakan mempunyai matlamat yang berbeza dengan perjuangan parti.
Sumber:The Malaysian Insider
Jarumemas: Lain padang lain belalangnya.
MOOD RAYA
Hari ini tak ada mood nak masukkan blog kerana mood raya sedang melanda diri ini. Kepada teman-teman blogger Jarumemas minta maaf atas segala kesalahan mahupun dari segi kata-kata dan ungkapan atau nasihat yang tidak diundang.
Wednesday, 15 August 2012
Are you a Freemason, Ibrahim Ali asks Anwar
Malay rights NGO Perkasa wants PKR de facto leader Anwar Ibrahim to clarify if he is indeed the man listed as a Freemason office-bearer.
According to Perkasa chief Ibrahim Ali (left) , a fax sent to him about a week ago indicates that a man with the same name is a member of the one-time secret fraternity.
"The Freemasons are associated with the Zionists. I'm not accusing Anwar of this... but am merely seeking an explanation from him.
"If this is another Anwar Ibrahim, then, Alhamdulillah (thank God)," he said.
Nevertheless, the Pasir Mas MP said that a Freemason membership would be consistent with the PKR leader’s recent statements on Israel and the LGBT community.
“Anwar is a man of many faces... And despite the many charges against him, he just pretends like nothing’s the matter and refuses to respond.
“In Malay tradition, if someone is accused of something and evidence is shown, and he does not respond, then he is assumed to be guilty,” he said.
The fax, copies of which were distributed to media, cites a website naming one ‘Anwar Ibrahim’ as a junior deacon in 2004 to 2005 of the Civil Lodge number 48, which Ibrahim said is in Vancouver, Canada.
Read more...
Jarumemas: Semakin ramai umat Islam yang murtad.
Najib arah Kabinet kaji semula Seksyen 114A Akta Keterangan
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi membuktikan bahawa pentadbirannya mengutamakan pendapat orang ramai apabila hari ini mengarahkan kabinet untuk membincangkan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang menjadi isu besar dalam alam maya.
Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan yang dibuat terhadap Akta Keterangan yang telah digazetkan pada Julai lepas.
"Saya telah meminta kabinet untuk membicangkan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950. Apa saja yang kita lakukan, kita mesti mendahulukan kepentingan rakyat," kata Najib ringkas dalam ruang Twitternya hari ini.
Najib ketika ini berada di Makkah untuk Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung hari ini dan esok.
Respon Perdana Menteri yang juga pengguna aktif laman sosial facebook, blog dan Twitter itu merupakan satu tindakan yang cepat daripada seorang pemimpin negara apabila sejak beberapa hari ini, akta itu mula mendapat tentangan pengguna internet.
Kempen-kempen tentangan terhadap akta itu dibuat oleh pertubuhan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan sepanduk yang dibuat oleh pertubuhan itu melalui laman facebook dengan tajuk ''Stop 114A'' itu telah dimuat turun oleh pelbagai pengguna internet negara ini.
Akta 114A dikatakan bersifat berat sebelah kerana undang-undang boleh mendakwa mereka yang menyiar dan menyalin semula atau memaparkan kandungan seperti hasutan dan fitnah walaupun bukan mereka yang menghasilkan bahan itu.
Sumber: BERNAMA
Jarumemas: Terkilan ISA dimansuhkan.
Friday, 10 August 2012
Pandelela makes Malaysian history with her Olympics bronze
LONDON, Aug 10 — Diver Pandelela Rinong Pamg made national history today by winning an Olympic bronze medal in the women’s diving 10m event, the country’s first non-badminton medal, and becoming the first Malaysian woman to win an Olympic medal.
Sarawak-born Pandelela took the bronze with a score of 359.2 points, only 7.3 points behind silver medallist Brittany Broben from Australia. China’s Chen Roulin won the event with a stunning 422.3 points. Chen was in a league of her own from the beginning, leaving her nearest competitor by over 40 points midway through.
While never threatening Chen’s lead, the other divers were neck-and-neck with a nail-biting final round tally determining the silver-and-bronze. Pandela’s medal chances seemed dim after mistakes in her first and third dives, but she made up for them with consistent scores in her other attempts.
Nineteen-year-old Pandelela joined the national diving team at 14, going on to rack up impressive achievements including becoming the first Malaysian to win a gold in diving at the Commonwealth Games in New Delhi (10m platform).
Read more...
Jarumemas: Congratulations, you are making the Malaysians proud of you.
Thursday, 9 August 2012
LONGGAR SYARAT KEMASUKAN JAWATAN AWAM
AKHBAR Sin Chew Daily bertarikh 6 Ogos 2012 menyiarkan berita mengenai cadangan Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), Tan Sri Pheng Yin Huah supaya syarat pengambilan kakitangan awam bukan Melayu dilonggarkan.
Berita bertajuk Pheng Yin Huah cadangkan JPA beri kelonggaran pengambilan kakitangan awam kaum Cina dan India disiarkan menerusi ruangan Dalam Negeri halaman tiga.
Yin Huah berkata, pada masa sekarang nisbah kemasukan dan pengambilan kaum Cina serta India untuk bekerja di sektor awam terlalu sedikit.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya syarat pengambilan berkenaan dilonggarkan untuk memberi laluan kepada kedua-dua kaum itu mengambil bahagian dalam sektor kerja kerajaan.
Sumber: Utusan Online
Jarumemas: Dulu mereka tidak mahu kerja dengan kerajaan kerana gaji rendah...
Subscribe to:
Posts (Atom)