Wednesday, 30 May 2012
Bersih tidak akan turut serta panel siasatan Bersih
KUALA LUMPUR, 30 Mei — Bersih turut bersependapat dengan Majlis Peguam untuk tidak akan bekerjasama dengan panel siasatan Bersih yang diketuai Tun Hanif Omar kerana penyiasatan tersebut hanya akan “mempunyai kekurangannya” di bawah pimpinan beliau.
Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenavasan mengulangi pendapat Majlis Peguam bahawa penyertaan Hanif ke dalam panel siasatan itu selepas mengeluarkan kenyataan mengktirik Bersih 3.0 sebagai komunis, akan memberikan kesan terhadap keadilan siasatan tersebut.
Baca seterusnya:
Jarumemas: Dah tau Ambiga akan tolak...
Tuesday, 29 May 2012
SPRM: Usah guna jenayah rasuah untuk kepentingan politik
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM menggesa semua pihak agar tidak menggunakan jenayah rasuah untuk kepentingan politik terutama menjelang pilihan raya umum akan datang.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata berdasarkan pengalaman lepas aduan dan maklumat berhubung jenayah rasuah yang diterima pihaknya meningkat secara mendadak apabila tiba musim pilihan raya.
“Kita minta dalam keadaan nak dekat pilihan raya ini bantulah SPRM kerana dalam pengalaman kita yang lepas setiap kali ada pilihan raya tiba-tiba jumlah maklumat aduan-aduan mengenai rasuah naik dengan mendadak ” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Forum Pemantapan Integriti Dalam Perkhidmatan sempena Melaka 750 tahun di sini hari ini.
Sumber: Malaysian Insider
Jarumemas: ramai yang kaya selepas pilihan raya.....
Monday, 28 May 2012
Lembah Pantai fracas: Why didn't PKR 'grab' Umno man?
If PKR is so sure that it was Umno Youth who pelted rocks at their event last Thursday in Lembah Pantai, why did they not grab hold of the Umno members?
Source: Malaysiakini
Jarumemas: They always find fault on others.
Najib’s government still in weak position, says Dr M
KUALA LUMPUR, May 28 — Tun Dr Mahathir Mohamad has warned Datuk Seri Najib Razak that the latter is still leading a weak government, repeating his call for federal polls to be held off until after the fasting month which ends in August.
The influential former prime minister told Bloomberg in an interview published today that the prime minister should delay plans for a general election that must be held within a year.
“Being weak, he has to respond to the criticisms. But when you are faced with this problem anything you do is not enough,” the long-serving former Barisan Nasional (BN) chief said, adding that Najib inherited a weakened coalition, which won Election 2008 by the narrowest margin since independence.
Source: Malaysian Insider
Jarumemas: Only He knows when.
Bersih menerima sokongan penuh rakyat Malaysia walau diserang
KUALA LUMPUR, 26 Mei — Walaupun menerima kecaman daripada pelbagai pihak, Bersih telah menerima sokongan daripada rakyat Malaysia untuk memastikan pemimpinnya selamat.
Menurut Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenavasan, mereka terkesan apabila pemimpin kerajaan gagal mengutuk insiden penjualan burger di luar kediamannya bagi memprotes perhimpunan Bersih 3.0.
“Ini jelas menunjukkan pemikiran rakyat biasa yang meningkat mengenai norma-norma. Namun perkara ini tidak dilihat dalam kalangan pemimpin ... Hanya rakyat biasa yang meletakkan tahap sedemikian,” katanya kepada The Malaysian Insider semalam.
Sumber: Malaysian Insider
Jarumemas: Biarkan Si Labi terjun dengan labu-labunya!!!
Indraf 2.0 berhimpun suarakan sokongan kepada Pakatan
KUALA LUMPUR, 27 Mei — Kumpulan Indian Rights Action Force (Indraf 2.0) hari ini berhimpun bagi menyuarakan sokongan terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.
Himpunan tersebut yang turut dihadiri pemimpin tertinggi PR seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu juga memperlihatkan kepimpinan PR cuba untuk meraih sokongan pengundi India ekoran penganalisis dan pemerhati politik sebelum ini menyatakan sokongan komuniti tersebut telah kembali kepada Barisan Nasional (BN) ekoran transformasi yang dilaksanakan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sumber: Malaysian Insider
Jarumemas: Jangan sokong membawa rebah sudahlah.
Thursday, 24 May 2012
BERSIH 4.0: Cabutan bertuah BMW dan Lamborghini
Kumpulan anti-BERSIH yang merancang untuk berniaga di hadapan rumah Pengerusi Bersama BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga mulai esok, kini menawarkan dua kereta mewah untuk cabutan bertuah.
Ketuanya, Datuk Jamal Md Yunus berkata BERSIH 4.0 pencinta keamanan telah membuka halaman Facebook.
Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan rakyat, beliau mengumumkan bahawa pelawat Facebook tersebut berpeluang memenangi kereta BMW 530 dalam cabutan bertuah apabila jumlah peminat mencecah 150,000 orang.
Jamal berkata, kereta model 2005 itu bernilai RM225,000.
Sekiranya jumlah peminat Facebook itu mencecah satu juta orang, Jamal berkata, sebuah lagi kereta mewah - 2009-model Lamborghini Gallardo model 2009 bernilai RM1.2 juta - akan ditawarkan dalam cabutan bertuah.
Sumber: Malaysiakini
Jarumemas: Sudah-sudahlah tu....makin lama orang pun naik muak ....
Subscribe to:
Posts (Atom)